Tuesday, 14 February 2012

KARANGAN RANGSANGAN SPM

Karangan Rangsangan 1
STATISTIK BAYI YANG DIBUANG ANTARA TAHUN 2005-AWAL 2010

NEGERI
BILANGAN KES
Selangor
83 orang
Johor
83 orang
Sabah
65 orang
Sarawak
34 orang
Negeri Sembilan
24 orang
Pulau Pinang
22 orang
Perak
19 orang
Kedah
17 orang
Kelantan
10 orang
Terengganu
5 orang
Melaka
3 orang
Kuala Lumpur
2 orang
Perlis
1 orang
JUMLAH


            Selepas merdeka, Malaysia telah mengorak langkah untuk terus maju sebagai negara membangun yang setanding dengan nagara maju. Di sebalik keghairahan proses modesasi, masyarakat alpa dalam menangani isu kebejatan sosial remaja yang semakin parah dalam masyarakat. Justeru, tidak hairanlah terdapat laporan bayi yang dibuang di dalam tandas, di dalam tong sampah, di tepi longkang seumpama sampah sarap.
            Punca yang  ketara berlakunya gejala ini kerana berlakunya seks di luar nikah. Perlakuan sedemikian adalah kerana terpengaruh dengan budaya seks bebas yang ditiru daripada negara Barat dan inginkan keseronokan. Impliuaksinya, iIbu yang tidak jelas status ini sanggup membuang bayi mereka apabila ditinggalkan keseorangan oleh teman lelaki yang tidak bertanggungjawab. Jelaslah, mereka ini tidak sanggup menanggung malu daripada dihina dan dikeji oleh masyarakat.
            Selain itu, masyarakat hadhari sekarang kurang prihatin kerana mengamalkan peribahasa jangan menjaga tepi kain orang. Jika berlaku hubungan sumbang mahram atau berkesedudukan mereka membiarkannya sahaja dengan alasan bukan dalam kalangan keluarga mereka. Dengan alasan ini, muda-mudi sekarang tidak segan  dengan masyarakat sekeliling untuk  bersekedudukan. Hal ini disokong pula oleh tindakan ibu bapa yang tidak suka jika masyarakat sekeliling cuba mendidik dan mengasuh anak-anak mereka.
            Tambahan pula, masyarakat sekarang sudah melupakan nilai-nilai moral dan  batasan agama dalam hidup seharian mereka. Hal ini berlaku kerana ibu bapa tidak bersempatan untuk berkongsi perasaan dan mengajar anak-anak mereka dengan nilai buruk dan baik. Harapan mereka, sekolah sudah memadai untuk mendidik anak-anak mereka memahami konsep ibadah sedangkan diri mereka sendiri terabai dengan amalan keagamaan. Pepatah Melayu ada menyatakan “Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan lurus”.
     Di samping itu, hukuman yang kurang berat terhadap kes pembuangan bayi ini mendorong ibu malang ini membuang bayi mereka. Tambahan pula, ada ura-ura beberapa buah agensi bukan kerajaan dan kerajaan  negeri menyediakan tempat khusus untuk memelihara anak-anak yang tidak sah taraf. Hal ini menyebabkan golongan remaja tidak lagi berasa takut atau bimbang untuk melakukan zina kerana bayi yang bakal dikandung oleh pasangan mereka akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.
            Tuntasnya, ibu bapalah yang patut memainkan watak utama dalam mendidik anak-anak remaja mereka terutama anak perempuan. Masalah ini mampu diatasi jika wujud kesedaran ibu bapa untuk bertanggungjawab berkongsi perasaan dan mengambil tahu pergerakan anak-anak gadis mereka tanpa membiarkan bergaul secara bebas.

1 comment: