Saturday, 18 February 2012

Cikgu

HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YG
BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI
GEMBAR GEMBURKAN!!

Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR..
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER..
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI..
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER..
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK..

Friday, 17 February 2012

Pastikan Anda Jangan Berhenti Merokok, Jika inilah Akibatnya

Jabatan Penerangan Malaysia

BERHENTI MEROKOK!! Selepas 20 minit - tekanan darah dan kadar denyutan nadi kembali ke paras biasa. Selepas 8 jam - paras Karbon Monoksida kembali ke paras normal & paras oksigen kembali normal. Selepas 24 jam - risiko serangan jantung menurun. Selepas 48 jam - saraf mula mengalami pemulihan & deria rasa dan hidu mula pulih. Selepas 2 minggu hingga 3 bulan - peredaran darah bertambah baik & fungsi paru-paru bertambah baik sebanyak 30%. Selepas 1 bulan hingga 9 bulan - batuk, selesema, keletihan dan sesak nafas mula reda & daya tumpuan bertambah baik. Sumber- KKM

Wednesday, 15 February 2012

IMAM AL-GHAZALI

Soalan 1: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Soalan 2: Apa pula yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Soalan 3: Apa yang paling besar di dunia ini?
Soalan 4:Apa yang paling berat di dunia ini?
Soalan 5: Apa yang paling ringan di dunia ini?
Saoalan 6: Apa yang paling tajam di dunia ini?
Kata Imam Ghazali
1. Yang paling dekat dengan kita adalah “MATI”. Sebab itu sememangnya janji Allah swt bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
2. Yang paling jauh dari kita di dunia ini adalah “MASA LALU”. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
3. Yang paling besar di dunia ini adalah “NAFSU”. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
4. Yang paling berat di dunia ini adalah “MEMEGANG AMANAH”. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah swt meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup dengan permintaan Allah swt, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.
5. Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita dan kehidupan dunia, kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat dan berseronok-seronok, kita meninggalkan solat.
6. Yang paling tajam di dunia ini adalah “LIDAH MANUSIA” Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Tuesday, 14 February 2012

Alam Barzakh

Alam barzakh menurut Ibnu Taimiyyah



Kita menyambung kalam tentang hakikat alam barzakh yang menjadi punca salah faham sesetengah kelompok dalam beberapa isu. Sekali lagi kita memetik pandangan tokoh yang sering menjadi rujukan aliran yang kontroversi iaitu Ibnu Taimiyyah.
Ibnu Qayyim murid Ibnu Taimiyyah, memuatkan dalam kitab al-Ruh penjelasan-penjelasan yang lengkap. Juga dinaqalkan fatwa penting Ibnu Taimiyyah seperti yang disebut dalam al-Fatawa al-Kubra.
Ibnu Taimiyyah ditanya mengenai orang hidup yang pergi menziarahi orang yang telah mati. Adakah mereka mengetahui tentang ziarah orang yang hidup? Adakah si mati mengetahui sesiapa yang mati selepasnya di kalangan kaum kerabatnya atau orang yang lain?
Maka beliau menjawab: "Segala puji bagi Allah. Ya, sebenarnya banyak athar yang menerangkan mengenai pertemuan dan pertanyaan mereka serta penayangan amalan orang-orang yang hidup kepada mereka yang telah mati."
Antaranya kata beliau, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu al Mubarak, daripada Abu Ayyub al-Ansori. Beliau berkata: "Apabila nyawa seseorang Mukmin itu dicabut, maka hamba-hamba Allah yang telah mendapat rahmat (yang telah mati dahulu) bertemu dengannya seperti mana bertemunya orang yang datang membawa berita gembira di dunia ini.
"Maka mereka bersegera datang kepadanya dan bertanyakan khabar, lalu berkata sebahagian daripada mereka kepada yang lain: "Tunggulah saudaramu itu berehat dahulu, kerana dia sebenarnya dalam kesusahan yang amat (kesan kesakitan Sakarat al Maut)."
Berkata Abu Ayyub lagi: "(Selepas dia berehat) mereka bersegera datang kepadanya semula dan bertanya kepadanya, Apakah yang telah dilakukan oleh si lelaki itu?" dan "Apakah yang telah dilakukan oleh si perempuan itu, adakah dia telah berkahwin?"
Adapun mengenai si mati mengetahui orang hidup, yang datang menziarahinya dan memberi salam ke atasnya, maka telah disebut dalam hadith Ibnu Abbas r.a, beliau berkata: "Telah bersabda Rasulullah SAW tidaklah seseorang itu melalui kubur saudaranya yang Mukmin yang pernah dikenalinya di dunia, kemudian dia memberi salam kepadanya, melainkan saudaranya itu (yang telah mati) mengenalinya dan menjawab salamnya."
Ibnu Mubarak berkata: "Hadis ini telah thabit daripada Nabi SAW dan disahihkan oleh Abdul Haq, pengarang Kitab al-Ahkam". (Majmu' Fatawa Ibnu Taimiyyah, 24:331)
Dalam bahagian lain pula, Sheikh Ibnu Taimiyyah ditanya: "Adakah si mati mendengar pertuturan orang yang menziarahinya dan melihat orang itu? Adakah rohnya kembali ke dalam jasadnya pada ketika itu, ataupun berlegar-legar di atas kuburnya pada waktu itu dan waktu yang lain? Adakah rohnya berkumpul bersama roh-roh ahli keluarga dan kaum kerabatnya yang mati sebelumnya?"
Maka beliau menjawab: "Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Ya! Mayat itu mendengar semuanya, seperti yang telah thabit di dalam Sohihain (Bukhari dan Muslim), daripada Nabi SAW, baginda SAW bersabda: Mayat mendengar bunyi sepatu mereka yang hidup ketika mereka beredar dari kubur.
Kemudian beliau menyebut beberapa hadis lain yang sehubungan dengan makna itu. Setelah itu, beliau berkata: "Dalil-dalil ini dan yang sama dengannya, menerangkan kepada kita bahawa mayat mendengar seluruh pertuturan orang yang hidup."
Tidaklah semestinya mayat itu sentiasa mendengar pertuturan yang diucap, tetapi mereka mendengarnya pada suatu ketika dan tidak pada masa yang lain.
Keadaannya sama seperti yang berlaku kepada orang yang hidup. Kadang kala mereka mendengar pertuturan orang yang hidup. Kadang-kadang mereka juga tidak mendengar apa yang dipertuturkan kepada mereka kerana suatu penghalang yang menghalangnya.
Pendengaran itu adalah pendengaran pengetahuan (hanya bertujuan memberikan maklumat) yang tidak menghasilkan sebarang balasan.
Ia juga bukannya pendengaran yang dinafikan melalui firman Allah SWT: Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaran-ajaranmu. (al-Naml: 80)
Makna pendengaran yang dikehendaki daripada ayat ini adalah penerimaan dan menjunjung perintah.
Sesungguhnya Allah SWT mengumpamakan orang kafir seperti mayat yang tidak dapat menjawab seruan orang yang menyerunya dan juga seperti binatang-binatang yang mendengar suara-suara akan tetapi tidak memahami maknanya.
Sekalipun mayat boleh mendengar pertuturan orang yang hidup dan memahami maknanya. Tetapi mereka tidak boleh menjawab seruan orang yang menyeru dan tidak boleh melaksanakan perkara yang disuruh dan yang dilarang.
Maka tidak ada manfaat perintah dan larangan bagi mereka. Begitu juga dengan keadaan orang kafir. Mereka tidak langsung memberikan reaksi (tidak langsung mendapat manfaat dengan suatu suruhan dan larangan) apabila disuruh mahupun dilarang daripada melakukan sesuatu, walaupun dia mendengar pertuturan itu dan memahami maknanya.
Ia sebagaimana maksud firman Allah SWT di dalam al-Quran: Dan kalaulah Allah mengetahui ada kebaikan pada mereka, tentulah Dia menjadikan mereka dapat mendengar. (al-Anfaal: 23)
(Sumber : Utusan Malaysia)

KARANGAN RANGSANGAN SPM

Karangan Rangsangan 1
STATISTIK BAYI YANG DIBUANG ANTARA TAHUN 2005-AWAL 2010

NEGERI
BILANGAN KES
Selangor
83 orang
Johor
83 orang
Sabah
65 orang
Sarawak
34 orang
Negeri Sembilan
24 orang
Pulau Pinang
22 orang
Perak
19 orang
Kedah
17 orang
Kelantan
10 orang
Terengganu
5 orang
Melaka
3 orang
Kuala Lumpur
2 orang
Perlis
1 orang
JUMLAH


            Selepas merdeka, Malaysia telah mengorak langkah untuk terus maju sebagai negara membangun yang setanding dengan nagara maju. Di sebalik keghairahan proses modesasi, masyarakat alpa dalam menangani isu kebejatan sosial remaja yang semakin parah dalam masyarakat. Justeru, tidak hairanlah terdapat laporan bayi yang dibuang di dalam tandas, di dalam tong sampah, di tepi longkang seumpama sampah sarap.
            Punca yang  ketara berlakunya gejala ini kerana berlakunya seks di luar nikah. Perlakuan sedemikian adalah kerana terpengaruh dengan budaya seks bebas yang ditiru daripada negara Barat dan inginkan keseronokan. Impliuaksinya, iIbu yang tidak jelas status ini sanggup membuang bayi mereka apabila ditinggalkan keseorangan oleh teman lelaki yang tidak bertanggungjawab. Jelaslah, mereka ini tidak sanggup menanggung malu daripada dihina dan dikeji oleh masyarakat.
            Selain itu, masyarakat hadhari sekarang kurang prihatin kerana mengamalkan peribahasa jangan menjaga tepi kain orang. Jika berlaku hubungan sumbang mahram atau berkesedudukan mereka membiarkannya sahaja dengan alasan bukan dalam kalangan keluarga mereka. Dengan alasan ini, muda-mudi sekarang tidak segan  dengan masyarakat sekeliling untuk  bersekedudukan. Hal ini disokong pula oleh tindakan ibu bapa yang tidak suka jika masyarakat sekeliling cuba mendidik dan mengasuh anak-anak mereka.
            Tambahan pula, masyarakat sekarang sudah melupakan nilai-nilai moral dan  batasan agama dalam hidup seharian mereka. Hal ini berlaku kerana ibu bapa tidak bersempatan untuk berkongsi perasaan dan mengajar anak-anak mereka dengan nilai buruk dan baik. Harapan mereka, sekolah sudah memadai untuk mendidik anak-anak mereka memahami konsep ibadah sedangkan diri mereka sendiri terabai dengan amalan keagamaan. Pepatah Melayu ada menyatakan “Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan lurus”.
     Di samping itu, hukuman yang kurang berat terhadap kes pembuangan bayi ini mendorong ibu malang ini membuang bayi mereka. Tambahan pula, ada ura-ura beberapa buah agensi bukan kerajaan dan kerajaan  negeri menyediakan tempat khusus untuk memelihara anak-anak yang tidak sah taraf. Hal ini menyebabkan golongan remaja tidak lagi berasa takut atau bimbang untuk melakukan zina kerana bayi yang bakal dikandung oleh pasangan mereka akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.
            Tuntasnya, ibu bapalah yang patut memainkan watak utama dalam mendidik anak-anak remaja mereka terutama anak perempuan. Masalah ini mampu diatasi jika wujud kesedaran ibu bapa untuk bertanggungjawab berkongsi perasaan dan mengambil tahu pergerakan anak-anak gadis mereka tanpa membiarkan bergaul secara bebas.