Karangan 1
Huraikan peranan ibu bapa untuk menggilap bakat anak-anak dalam bidang
sukan.
Bidang
sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian
kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan
negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah
memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak seperti ibu bapa.
Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan moral, sudah pasti matlamat
untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai iaitu, di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan cara itu, nama negara kita
akan dikenali dan digeruni pada peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet
negara dalam bidang sukan.
Peranan
yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakan dengan cara
membeli peralatan sukan anak-anak mereka. Sekiranya anak-anak memiliki
peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat
untuk bersukan. Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut
dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak
mereka seperti raket badminton, squash dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat
anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh
mereka. Seterusnya mereka diharapkan
dapat melakar kemenangan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah,
negeri dan negara.
Ibu bapa juga
perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan
aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka
dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini demikian
kerana, aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samping itu,
anak-anak yang berbakat dan berminat dalam sukan dan permainan tertentu
bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta kejayaan yang
cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi
untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia.
Selain itu,
ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka
ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara itu,
anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan
tersebut. Mereka juga boleh menemani anak-anak atau menyaksikan anak-anak
mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. Sudah
tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak
dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu, tinggi
gunung, tinggi lagi harapan kami. Justeru, mereka akan berasa lebih yakin
untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi.
Ibu bapa
perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka.
Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk menceburkan diri
dalam bidang sukan dengan serius. Mereka juga akan mendapatkan maklumat atau
perkembangan terkini dalam bidang sukan menerusi majalah-majalah sukan
tersebut. Jelasnya, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam
majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi
kepada anak-anak.
Tuntasnya,
ibu bapa perlulah diberi kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya
dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di negara kita. Ibu bapa
tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan
mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka. Kita mahu agar
kecemerlangan akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu
negara kita maju dalam bidang sukan.
Karangan 2
Faktor-faktor yang mendorong Malaysia menjadi destinasi pelancongan yang
menarik
Malaysia memang berpotensi untuk memajukan sektor
pelancongan. Hal ini demikian kerana Malaysia kaya dengan pelbagai tempat
pelancongan yang menarik, indah dan menawan. Sesungguhnya, Malaysia mampu
menggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung ke negara ini. Keindahan ini boleh
dilihat daripada pelbagai aspek.
Alam flora
dan fauna yang indah merupakan daya tarikan utama para pelancong dari dalam dan
luar negara. Dalam belantara ini
dipenuhi dengan pelbagai keaslian spesis tumbuhan yang dijaga dengan
rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan
Perhutanan. Malah usaha kerajaan negeri Pahang dan Johor yang menjadikan hutan
itu sebagai hutan simpanan iaitu Taman Negara di Pahang dan Endau Rompin
merupakan khazanah yang bernilai bagi para pencinta alam untuk menikmati alam
ciptaan-Nya. Oleh itu, mereka bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam
bahkan berpeluang juga mengenali jenis-jenis tumbuhan-tumbuhan dan serangga-serangga di negara kita yang
memiliki hutan hujan khatulistiwa.
Bagi pelancong yang berminat dengan
keindahan khazanah alam ini sudah pasti mereka akan tinggal beberapa hari
dengan menyewa chalet yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu. Keindahan alam
flora dan fauna mampu meningkatkan industri pelancongan di negara ini umpama
peribahasa sambil menyelam minum air. Justeru, industri ini kerana bukan sahaja mengembangkan
ekonomi negara malah nama negara dapat dikenali di peringkat antarabangsa.
Komposisi
kaum yang unik di Malaysia juga menyumbang daya penggalak sektor pelancongan di
negara ini. Para pelancong akan disajikan dengan persembahan kebudayaan
pelbagai kaum oleh mana-mana kumpulan kebudayaan khas. Mereka pasti berasa
kagum dengan keunikan budaya dari segi pakaian, tarian dan keenakan makanan tempatan yang mewarnai
kehidupan di Malaysia. Pelbagai tarian tradisional seperti zapin, inang, ulik
mayang, tarian singa, klasik India, ngajat dan sebagainya mampu manghiburkan
para pelancong yang berkunjung ke Kampung Budaya Sarawak dan pastinya akan
membawa kenangan manis yang indah dihati pelancong. Tambahan pula, Malaysia
yang kaya dengan pelbagai jenis makanan tempatan pelbagai kaum pasti mengundang
rasa ingin datang lagi untuk merasai kelazatan makanan ini. Sesungguhnya, para
pelancong tidak akan berasa rugi sekiranya berkunjung ke Malaysia kerana
terdapat pelbagai masyarakat majmuk yang kaya dengan pelbagai adat dan tradisi
mereka masing-masing.
Selanjutnya,
kita juga memiliki destinasi pelancongan yang menarik. Antaranya, di kawasan
tanah tinggi seperti di Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting. Selain itu, Malaysia juga memiliki
pantai-pantai yang menawan seperti Rantau Abang dan Teluk Chempedak. Malahan
juga memiliki pulau-pulau yang yang indah seperti Pulau Langkawi dan Pulau
Tioman. Terdapat juga tempat dan
bangunan bersejarah yang harus dilawati
bagi mengenali Malaysia dengan lebih dekat lagi. Bukan itu sahaja,
kerajaan juga memperuntukkan jumlah yang besar bagi menaik taraf infrastruktur
dan prasarana di mana-mana tempat pelancongan yang berpotensi. Hal ini bagi
memastikan para pelancong akan berasa seronok untuk melancong di sini.
Konklusi,
masyarakat Malaysia haruslah sentiasa memberi sokongan kepada pihak kerajaan
dalam menjayakan kempen cuti-cuti Malaysia dan Program Tahun Melawat Malaysia.
Jadi, rancanglah percutian yang menarik bersama keluarga kita di Malaysia
kerana segala-galanya ada di Malaysia.
Karangan 3
Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan
Malaysia. Dikatakan kurang mempunyai semangat kebangsaan.
Bincangkan punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan cadangkan
langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya.
Semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme
dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan sayang terhadap tanah air
sendiri. Kita dapati masa kini ramai generasi muda di negara kita kurang
mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka. Pekara ini menjadi lumrah
terutamanya di kalangan generasi muda yang dilahirkan selepas kemerdekaan.
Memandangkan semakin terhakisnya semangat nasionalisme dikalangan generasi muda
dewasa ini menyebabkan para pemimpin negara kita cuba menyelami punca-punca
berlakunya masalah ini dan sekaligus merangka langkah-langkah yang elektif
untuk membendungnya.
Punca
utama yang menyebabkan generasi muda kurang tersemai semangat nasionalisme
dalam diri ialah kerana ( ISI 1) mereka tidak pernah mengalami dan
merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman
penjajah. H1 (mereka tidak merasai pahit maung
yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti [CONTOH] Tok Janggut, Dato
Bahaman, Dato Maharaja Lela, Rentap dan tokoh pejuang lain ) H2 (
Hal ini tidak menghairankan kita kerana generasi muda dilahirkan semasa negara
dalam keadaan aman damai). H3 ( Lagipun
negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat
pesat.) [K1] Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kemewahan dan
kesenagan hidip yang dirasau dan dialami inilah yang mengakibatkan generasi
yang lahir selepas kemerdekaan nipis semangat nasionalisme dalam diri mereka.
PW [ di samping itu],
kita dapati ( Isi 2) [sistem pendidikan yang dipraktikkan di negara]
kita juga kurang memberi penekanan ke arah melahirkan generasi yang cintakan
negara]. Mengapa dikatakan begitu? H1(Perhatikan saja kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menulis atau mengira ataupun ringkasnya 3M
) H2 (lanjutan daripada KBSR kementerian Pendidikan melaksanakan pula
Kukikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1993.) H3 kedua-dua
kurikulum ini menjurus kearah kecemerlangan dalam peperiksaan) H5
(Begitu juga untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah yang berprestij
seperti [ CONTOH ] Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah Menengah
barasrama penuh kelulusan yang cemerlang menjadi kayu pengukurnya) Dalam
pada itu , H6 (perkara yang menghairankan kita mata pelajaran khusus
untuk membina dan menyemai semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar kurang
di beri penekanan oleh Kememterian Pendidikan.)
PW [Sehubungan itu],ekoran itu lantaran itu namun demikian H1 (
Kita tiidak menafikan matapelajaran Sejarah dan Pendidikan moral diajar kepada
para pelajar. Walau bagaimanapun kepentingan kedua-dua matapelajaran ini masih
menjadi tanda tanya) H2 ( Bagaimankah kalau seseorang pelajar itu gagal
dalam matapelajaran sejarah? Apakah yang terjadi kepada pelajar yang hanya
lulus di peringkat minimum dalam matapelajaran Pendidikan Moral ?) H3 (
Mengapa tetap dianggap pelajar cemerlang sekiranya lulus dengan baik dalam
kedua-dua mata-mata pelajaran lain.) H4 ( Pelajar ini tetap diterima
bagi meneruskan pelajarannya diperingkat yang lebih tinggi [K1] Jelas di
sini tidak mantapnya sistem pendidikan merupakan satu elemen nipisnya semangat
nasionalisme alam kalangan generasi masa kini .
Walau
bagaimanapun / namun begitu……
Setiap
penyakit tentu ada penawarnya. Begitulah juga
dengan masalah kurangnya semangat, nasionalisme di kalangan generasi muda ini.
Bagi menagani kemelut ini, Kementerian Pendidikan wajar menubuhkan
jawatan kuasbagi (Isi 3) mengkaji dan merombak semula kurikulum
pendidikan yang sedia ada di negara ini. H1 ( para pelajar akan didedahkan
sejak dan peringkat sekolah rendah dan berterusan hinggga ke peringkat
pengajian tinggi.) [CONTOH] Mata pelajaran sejarah dan mata
pelajaran pendidikan Moral patut diberikan kedudukan istimewa menerusi
kurikulum baru nanti) H3( Langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan
mata pelajaran kenegaraan kepada mahasiswa dan mahasiwi di Unuversiti adalah
sangat wajar dan patut di puji). [K1] Ringkasnya ,langkah membaiki
kurikilum memang wajar dan bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi
melentur buluh biarlah dari rebungnya.
PW [ Selain itu, (ISI 4) media
massa baik media bercetak mahupun eletronik ] memainkan peranan penting
ke arah melahirkan masyarakat yang cintakan negara. [ CONTOH] RTM contohnya, H1
( boleh menyiarkan lebih banyak cerita yang bertemakan semangat kebangsaan.) H2
( Langkah Kementerian Penerangan menyalurkan bantuan kepada pengusaha filem
berunsur penerapan semangat kebangsaan adalah bertepatan sekali. H3Melalui filem ini golongan muda juga
dapat melihat denagn lebih dekat keperitan hidup mereka di bawah naungan kuasa
penjajah.) [K1] Justeru , langkah positif yang di mainkan oleh
media Massa diharapkan dapat memberi keinsafan kepada generasi muda agar timbul
rasa sayang akan negara sendiri.
Konklusinya / oleh itu,…….
[PK] kesimpulannya, kita sebagai rakyat
Malaysia bertanggungjawab dan tidak boleh sama sekali memandang enteng
akan gejala tidak menyayangi negara sendiri. Memandang ringan gejala ini akan
membawa kesan buruk kepada negara . kita harus ingat bahawa pemuda hari ini
adalah bakal menerajui pucuk pimpinan negara suatu hari kelak, bak kata pepatah
Melayu patah tumbuh hilang berganti. Oleh itu kita perlu melahirkan
warganegara yang mempunyai semangat kebangsaan kerana golongan sebeginilah
mampu mengangkat martabat negara kita ke persada antarabangsa.
Karangan 4
Permainan Tradisional.
Sebagaimana kita sedia maklum, setiap negara di muka bumi
bertuah ini memiliki permainan tradisional yang tersendiri. Jika ditinjau dari
sudut sejarah, permainan tradisional dimainkan pada kala lapang sejak dahulu
kala. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional seperti congkak, guli, wau,
gasing dan ting-ting memainkan peranan yang penting dalam mengisi masa lapang
para penduduk zaman nenek moyang. Kini, permainan tradisional semakin dipandang
enteng, justeru rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa menyedari
kepentingannya.
Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan tradisional. Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan zaman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. Oleh itu, langkah mempopularkannya seperti kempen “Jom Main Permainan Tradisional” dan pertandingan bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya. Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta. Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang.
Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam, sambil minum air”. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin meningkat.
Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan congkak. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.
Intihanya, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Saya berharap, satu hari nanti, permainan rakyat ini akan lebih dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa ini. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia dan terus popular dalam carta kehidupan rakyat Malaysia.
Karangan 5
Bencana alam turut
berlaku di negara ini. Banjir, ribut, kemarau dan
kebakaran hutan merupakan antara bencana alam tersebut.
Nyatakan punca-punca dan usaha-usaha menangani masalah
ini.
Bencana alam merujuk kejadian alam yang
mampu memusnahkan negara dan penduduknya. Negara kita memang sering dilanda
banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan kerana pelbagai faktor yang
mendorong keadaan ini mudah berlaku terutama ketika bumi dikatakan sedang
mengalami perubahan cuaca yang drastik dalam tempoh yang terdekat ini.
Sesungguhnya, ada banyak faktor yang mendorong keadaan ini dan ada banyak
langkah yang boleh diambil untuk membendungnya daripada terus berlaku.
Kejadian bencana alam sering dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar terutama kemusnahan hutan belantara negara. Keadaan ini wujud kerana hutan dianggap menjadi pelindung atau penahan berlakunya kejadian banjir dan kemarau kerana keupayaannya untuk menakung air dan menyalirkan air dengan baik. Kemusnahan hutan menyebabkan muka bumi menjadi kosong dan mendorong mudahnya berlaku semua bencana alam ini. Oleh itu, kemusnahan hutan perlulah dipantau dengan lebih teliti oleh pihak kerajaan.
Tambahan pula, keghairahan negara untuk membangun dengan pesat turut mendorong berlakunya bencana alam ini. Pembukaan kawasan bandar baru, industri dan kawasan perumahan telah menyebabkan sistem ekologi yang asal tidak mampu untuk menghalang sebarang kejadian bencana alam daripada tidak berlaku. Manusia menganggap kemodenan mampu menghalang bencana alam berlaku lantas terus- menerus menjalankan projek pembangunan tanpa mempunyai rasa takut atau bimbang berlakunya bencana alam di kawasan projek mereka. Justeru, pembangunan yang pesat memang penting tetapi perlulah dikawal atau dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan sistem ekologi secara drastik.
Kejadian bencana alam sering dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar terutama kemusnahan hutan belantara negara. Keadaan ini wujud kerana hutan dianggap menjadi pelindung atau penahan berlakunya kejadian banjir dan kemarau kerana keupayaannya untuk menakung air dan menyalirkan air dengan baik. Kemusnahan hutan menyebabkan muka bumi menjadi kosong dan mendorong mudahnya berlaku semua bencana alam ini. Oleh itu, kemusnahan hutan perlulah dipantau dengan lebih teliti oleh pihak kerajaan.
Tambahan pula, keghairahan negara untuk membangun dengan pesat turut mendorong berlakunya bencana alam ini. Pembukaan kawasan bandar baru, industri dan kawasan perumahan telah menyebabkan sistem ekologi yang asal tidak mampu untuk menghalang sebarang kejadian bencana alam daripada tidak berlaku. Manusia menganggap kemodenan mampu menghalang bencana alam berlaku lantas terus- menerus menjalankan projek pembangunan tanpa mempunyai rasa takut atau bimbang berlakunya bencana alam di kawasan projek mereka. Justeru, pembangunan yang pesat memang penting tetapi perlulah dikawal atau dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan sistem ekologi secara drastik.
Di samping itu, sikap kita dalam
menguruskan sumber asli terutama penyelenggaran sungai dan pembalakan hutan
yang tidak praktikal. Naluri manusia yang sering mengutamakan keuntungan
kewangan daripada berfikir secara rasional perkara yang bakal berlaku pada masa
depan telah mengundang padah. Semua sumber alam negara akan terus dieksploitasi
kerana manusia memang menganggap diri mereka lebih baik dan bijak daripada
alam. Jadi,
bencana alam akan terus berlaku kerana kegagalan manusia untuk menguruskan
sumber alamnya dengan baik.
Sehubungan dengan itu, langkah yang paling
penting dilakukan ialah kerajaan mengetatkan peraturan berkaitan dengan alam
sekitar dengan lebih baik. Hukuman yang berat harus dikenakan kepada
pesalah-pesalah alam sekitar supaya perkara ini menjadi pengajaran kepada orang
lain. Kerajaan
harus menjalankan satu usaha pemeriksaan yang holistik tanpa mengecualikan
sesiapa jua dalam pemeriksaan ini. Tegasnya, jika kerajaan tidak berkompromi dalam hal ini,
sudah pasti masalah ini mampu diselesaikan dengan mudah.
Kempen kesedaran terutama kepada generasi muda juga harus dilaksanakan. Kempen yang dijalankan itu haruslah sesuai dengan minat dan diri remaja kerana merekalah yang bakal menghuni negara ini serta mampu menyelesaikan masalah ini. Kempen yang dijalankan secara terancang mampu menghasilkan satu generasi masyarakat yang menghargai alamnya lebih baik daripada generasi terdahulu. Jelaslah, kempen yang berkesan mampu menangani isu ini dengan lebih baik.
Kempen kesedaran terutama kepada generasi muda juga harus dilaksanakan. Kempen yang dijalankan itu haruslah sesuai dengan minat dan diri remaja kerana merekalah yang bakal menghuni negara ini serta mampu menyelesaikan masalah ini. Kempen yang dijalankan secara terancang mampu menghasilkan satu generasi masyarakat yang menghargai alamnya lebih baik daripada generasi terdahulu. Jelaslah, kempen yang berkesan mampu menangani isu ini dengan lebih baik.
Kesimpulannya, bencana alam akan terus
berlaku di negara kita. Sikap masyarakat yang sambil lewa kerana menganggap
alam bukan tanggungjawab mereka telah menyebabkan masalah ini menjadi semakin
rumit untuk diselesaikan. Mungkin kita semua lupa bahawa setiap kali bencana
alam melanda negara ini setiap kali itulah ada nyawa manusia yang melayang.
Karangan 6
Batik warisan negara yang sudah dipinggirkan oleh masyarakat kita terutama generasi muda.
Batik warisan negara yang sudah dipinggirkan oleh masyarakat kita terutama generasi muda.
Berikan langkah-langkah untuk
mengatasi masalah ini.
Sememangnya
batik merupakan warisan budaya negara yang menarik. Sayangnya arus pemodenan
dunia telah menelan budaya lama ini sehingga sudah kurang sipemakainya terutama
golongan muda. Batik seolah-olah sudah hilang tempatnya dalam masyarakat kita
kini. Apakah masa depan batik begitu gelap?
Sebenarnya masa depan batik masih ada sinar terutama jika semua pihak
terutama pihak berkuasa memulakan usaha mewajibkan penggunaan batik sebagai
pakaian rasmi kepada semua kakitangan negara ini. Tindakan ini mampu menarik minat
pelancong selain memastikan kesegakan dan keselesaan sipemakainya. Tambahan
pula, batik boleh diolah menjadi pelbagai jenis kraftangan selain pakaian.
Jelasnya, industri batik ini mampu bertahan jika mendapat sokongan padu
daripada kerajaan baka kata pepatah Melayu ”Tak lekang dek panas, tak lapuk dek
hujan”.
Langkah kerajaan memberi bantuan
kewangan kepada penggiat batik terutama pengusaha batik yang memerlukan modal
untuk meluaskan perniagaan mereka adalah perlu dan bertepatan. Pemberian
pinjaman ini hendaklah mudah tanpa memberi tekanan kepada penggiat batik ketika
memohon atau untuk membayar balik pinjaman itu. Ringkasnya, masalah birokrasi
hendaklah dihapuskan dalam pemberian pinjaman ini agar tidak melunturkan
semangat pengusahanya untuk mematabatkan industri batik negara.
Selain itu, kempen memperkenalkan batik kepada masyarakat negara ini
mahupun luar negara hendaklah digiatkan. Kempen ini boleh diseiringkan dengan
pertunjukkan fesyen yang menggunakan batik sepenuhnya dalam rekaan pakaian
mereka. Kempen ini turut memberi ruang kepada pencipta muda untuk menonjolkan
bakat dan kreativiti mereka. Bak kata pepatah Melayu ”Sambil menyelam minum
air”.
Dalam usaha untuk memastikan batik terus hidup, kerajaan perlu
mewujudkan satu institusi untuk membuat kajian batik secara menyeluruh.
Institusi ini seharusnya berperanan
sebagai pusat pengajian tinggi dalam melahirkan pereka batik yang lebih kreatif
dan inovatif serta memastikan budaya ini terus hidup. Institut ini juga boleh
menjadi pusat kajian kepada pengkaji dalam dan luar negara yang berminat untuk
mengkaji batik secara lebih mendalam.
Natijahnya, batik yang menjadi warisan budaya negara ini memerlukan
kerjasama semua pihak untuk memastikan budaya ini terus hidup. Kewujudan batik
membuktikan kewujudan bangsa kita sendiri. Jadi, batik wajib diselamatkan dan
diangkat ke martabat yang lebih tinggi dalam kehidupan kita.
Karangan 7
Faedah Kokurikulum kepada
para pelajar. Bincangkan
Isu
tentang penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang semakin kurang
memberangsangkan menjadi buah mulut banyak pihak. Mengapakah
masalah sebegini boleh berlaku ? Jikalau tiada angin masakan pokok bergoyang.
Lazimnya, semua pihak sedar bahawa masalah ini jika dibiarkan berterusan
sememangnya akan menjadi sesuatu perkara serius yang melibatkan masa depan
negara. Sebenarnya, terdapat beberapa langkah yang proaktif perlu diambil untuk
menggalakkan para pelajar menyertai kegiatan kokurikulum kerana setiap penyakit
pasti ada ubatnya.
Satu
daripada tindakan yang perlu dilaksanakan ialah pihak sekolah perlulah
menjalankan pemantauan terhadap aktiviti kokurikulum dari masa ke masa.
Tindakan ini perlu dilakukan kerana banyak aktiviti kokurikulum di sekolah
dijalankan bagai melepaskan batuk di tangga sahaja. Pelajar berasa kecewa kerana kegiatan yang
dijalankan tidak menarik minat mereka. Kegiatan yang dijalankan hanya untuk
memenuhi jadual. Sebagai contohnya, pelajar datang ke sekolah hanya bermain
bola sepak tanpa bimbingan secara sistematik. Mereka berpendapat bahawa mereka
tidak perlu datang untuk bermain bola sepak, sebaliknya mereka boleh bermain di
kawasan taman tempat tinggal mereka. Oleh itu, pihak sekolah mestilah
memastikan bahawa aktiviti yang dijalankan mestilah benar – benar mendatangkan
manfaat kepada mereka.
Di samping itu, pihak kerajaan
haruslah menekankan kepentingan penyertaan kegiatan kokurikulum dalam kalangan
pelajar melalui pengenalan sistem pendidikan baharu. Dalam hal ini, sistem
pendidikan yang tidak hanya mementingkan akademik perlulah diperkenalkan supaya
semua murid ada hati untuk menyertainya. Melalui cara ini, mereka akan
memberikan tumpuan yang seimbang dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
Sebagai contohnya, penglibatan seseorang pelajar dalam bidang kokurikulum
perlulah diambil kira semasa seseorang iu memohon untuk kemasukan ke
universiti. Tindakan ini secara langsung akan menyebabkan para pelajar
menitikberatkan kegiatan kokurikulum.
Selain itu, pihak sekolah
seharusnya menubuhkan lebih banyak persatuan dan kelab yang baharu yang sesuai
dengan minat dan kemahiran para pelajar. Sejajar dengan perkara ini, pihak
sekolah sepatutnya menjalankan kajian tentang minat pelajar dalam jenis
aktiviti kokurikulum yang ingin diceburi dan seterusnya berusaha untuk
membentuk kelab atau persatuan demi kebajikan pelajar. Dengan itu, para pelajar
akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang
diminati. Sebagai contohnya, pihak sekolah hendaklah menubuhkan kelab komputer
untuk pelajar yang meminati bidang teknologi maklumat. Hal ini sememangnya akan
dapat menarik minat para pelajar untuk bergiat cergas dalam kegiatan
kokurikulum tersebut kerana tak kenal maka tak cinta.
Tanggungjawab menggalakkan
pelajar menyertai kegiatan kokurikulum bukanlah hanya terletak pada bahu pihak
kerajaan serta sekolah sahaja. Pihak swasta, turut boleh meringankan beban
pihak kerajaan dengan memberikan sumbangan untuk membaiki dan menaik taraf
kemudahan yang diperlukan oleh kelab dan persatuan di sekolah kerana ada padi
semua jadi ada beras semua kerja deras. Hal ini bertujuan untuk menyediakan
lebih banyak kemudahan untuk dinikmati oleh para pelajar yang menyertai
kegiatan kokurikulum. Sebagai contohnya, pihak sekolah bolehlah membina
gelanggang tenis yang baru untuk ahli kelab tenis yang semakin bertambah dengan
menyumbangkan derma. Jelasnya, Sokongan padu daripada pihak swasta ini
sememangnya akan menarik minat para pelajar untuk menyertai kegiatan
kokurikulum.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah
bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam usaha untuk menggalakkan penyertaan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Dengan kerjasama yang terjalin, impian
untuk melahirkan modal insan yang mampu menerajui pucuk pimpinan negara dengan
berkesan dapat direalisasikan.
KARANGAN BERPANDU 1
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis sebuah karangan tentang sebab-sebab mengapa masyarakat harus menyahut seruan program kitar semula. Panjang
karangan hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.
Kitar semula ialah satu proses melibatkan 3R iaitu
“Reduce, Reuse dan Recycle” (kurangkan, guna semula dan kitar semula) ke atas
barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, aluminium, barangan kaca,
plastic dan lain-lain. Program ini juga bertujuan menjimatkan kos dan sumber
alam yang semakin berkurangan. Oleh itu, masyarakat haruslah mmenyokong program
ini dan kitar semula bahan buangan mendatangkan pelbagai kebaikan kepada
masyarakat dan negara.
Sebenarnya,
kitar semula bahan buangan dilaksanakan kerana penambahan sampah-sarap setiap
hari oleh pengguna. Program ini dapat mengurangkan jumlah sampah yang dibuang,
secara tidak langsung kitar semula dapat membantu mengatasi masalah pencemaran
yang hebat diperkatakan kini.Program kitar semula juga berupaya menangani
masalah kekurangan kawasan pelupusan sampah yang sememangnya semakin sukar
disediakan oleh Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya. Situasi ini dapat
mencegah perebakan pelbagai jenis penyakit oleh lalat atau nyamuk. Justeru, program
ini juga dapat menjamin kesihatan masyarakat.
Antara
barang yang menjadi pilihan program kitar semula ialah barangan kertas. Ramai
orang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber alam yang amat
bernilai. Maka, program ini dapat menyelamatkan pokok-pokok di dalam hutan yang
semakin hari semakin pupus, sebagaimana yang kita ketahui pokok balak di hutan
merupakan input penting dalam industri penghasilan kertas. Contohnya, untuk
menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 batang pokok terpaksa ditebang.
Kertas yang dikitar semula juga dapat menurunkan kos barangan kertas. Akhirnya,
sudah tentu menguntungkan pengguna.
Selain
barangan kertas, tin-tin aluminium juga boleh dikitar semula. Ini dapat
mengatasi masalah pengusutan logam besi atau bijih timah di negara kita. Secara
tidak langsung dapat meneruskan proses pengeluar tin-tin contohnya untuk
minuman ringan. Oleh itu, kitar semula ini juga dapat mengurangkan kos yang
harus penguasa tanggung dan akhirnya sudah tentu harga kepada pengguna juga dapat
dikurangkan. Kesinambungan ini juga dapat menyumbang peluang pekerjaan kepada
mesyarakat.
Kesimpulannya,
pihak masyarakat haruslah menyahut seruan murni kerajaan ini. Setiap wang yang
dikeluarkan oleh kerajaan untuk kempen ini tidak dibazirkan. “Fikir dahulu
sebelum buang” memberikan mesej yang jelas bukan sahaja menjimatkan wang rakyat
dan negara tetapi juga dapat menyelamatkan bumi kita.
KARANGAN BERPANDU
2
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan
pendapat anda tentang usaha-usaha untuk
memajukan sektor pertanian. Panjang huraian anda hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan.
Sektor pertanian merupakan sektor yang perlu
dimajukan dan diberi perhatian kerana sektor pertanian menyumbang ke arah
kemajuan ekonomi negara. Bagi merealisasikan hasrat kerajaan yang tinggi dalam
sektor pertanian, pelbagai usaha telah dijalankan.
Pelancaran Taman Kekal
Pengeluaran Makanan (TKPM) oleh kerajaan beberapa tahun lepas telah memberi
dimensi baru dalam sektor pertanian. Projek TKPM dianggap sebagai serampang dua
mata kerajaan kerana projek ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan negara
dalam bidang ekonomi malah turut memberi manfaat kepada pengusaha dalam sektor
pertanian seperti petani dan peniaga. Projek TKPM juga merupakan transformasi
terbaik sektor pertanian dan wajar dilaksanakan. Oleh itu kerajaan telah
menggalakkan graduan lepasan universiti atau sesiapa sahaja yang berminat dalam
bidang pertanian melibatkan diri dalam projek TKPM yang memberi pelbagai
kemudahan bermula dengan aspek penanaman sehinggalah aspek pemasaran.
Dalam era globalisasi, bidang
kejuruteraan genetik atau lebih dikenali sebagai bioteknologi telah menjadi
salah satu alternatif bagi memajukan sector pertanian. Bioteknologi yang
melibatkan pembaharuan genetik telah menghasilkan teknik pengklonan ke atas
haiwan-haiwan ternakan. Haiwan yang boleh dihasilkan melalui teknik pengklonan
seperti lembu dan ayam sememangnya telah meningkatkan kemajuan sektor
pertanian. Teknik ini telah menghasilkan baka yang sihat dan dalam kuantiti
yang banyak.
Di samping itu kerajaan haruslah
bekerjasama dengan pihak swasta bagi memajukan sektor pertanian melalui
pendidikan amali, ceramah dan kursus kepada pengusaha-pengusha sektor
pertanian. Pihak swasta boleh melakukan pemberian subsidi kepada pengusaha yang
ingin menceburi bidang pertanian. Galakan sebegini tentunya mampu menarik
anak-anak muda agar melibatkan diri dalam sektor yang memberi pulangan lumayan
kepada mereka. negara kita yang beriklim khatulistiwa pastinya sesuai untuk
pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sekiranya negara kita mampu
menjadi negara pengeluar makanan antarabangsa, maka tidak perlulah kita
bergantung kepada negara-negara luar untuk mengimport makanan. Tanah yang luas
dan subur di negara kita haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mengelakkan
wang negara mengalir ke luar Negara.Melalui pelaksanaan yang efektif, sudah
tentu hal ini dapat mengurangkan risiko kesan-kesan ekonomi global.
Konklusinya, semua pihak haruslah
bekerjasama dalam memajukan sektor pertanian negara ibarat kata pepatah “ Bulat
air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat”. Dengan berkembangnya
industri pertanian bakal meningkatkan
ekonomi dan pendapatan negara di samping menjana pendapatan penduduk
yang lebih lumayan.
KARANGAN BERPANDU 3
Lihat
gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan aktiviti beriadah. Panjang
huraian anda hendaklah antara 200 hingga
250 patah perkataan.
|
|
|
|
Masyarakat pada masa ini
berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kebendaan. Mereka tiada masa untuk
berehat demi menjaga kesihatan diri. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah membina dan membuka pelbagai
pelbagai tempat rekreasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk
menarik hati pengunjung-pengunjung. Di tempat-tempat rekreasi ini
pengunjung-pengunjung boleh menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging,
berkhemah, memancing, dan menunggang kuda. Aktiviti riadah membawa
banyak faedah kepada masyarakat.
Pelbagai penyakit timbul kerana masyarakat kini kurang mengamalkan gaya
hidup sihat. Kesuntukan masa untuk bersukan serta amalan pemakanan yang tidak
seimbang mengundang pelbagai penyakit. Menurut pakar kesihatan, aktiviti riadah
seperti berjogging sebenarnya cara yang terbaik, mudah dan murah untuk kita
mengekalkan berat badan yang sesuai dengan umur kita, di samping mengelakkan
diri daripada terkena penyakit serius seperti kencing manis, darah tinggi,
serangan sakit jantung dan juga angin ahmar.
Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba
mengejar kemewahan dan kebendaan. Mereka tiada masa untuk berehat demi menjaga
kesihatan diri. Menyedari hakikat ini,
kerajaan telah membina dan membuka pelbagai pelbagai tempat rekreasi
yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk menarik hati
pengunjung-pengunjung. Di tempat-tempat rekreasi ini pengunjung-pengunjung
boleh menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging, berkhemah, memancing, dan
menunggang kuda.
Kepenatan dan beban di tempat kerja akan
menimbulkan pelbagai masalah sampingan. Kita mungkin akan murung, kerap marah
dan sebagainya. Apabila kita melakukan aktiviti riadah dengan kekerapan yang
konsisten dan berterusan, maka akan memudahkan pembakaran lemak berlebihan,
melancarkan aliran darah, meningkatkan kadar denyutan jantung agar mengepam
darah dengan sempurna dan optimum, serta mengurangkan tekanan mental yang kita
hadapi. Cara ini bersesuaian dengan cogan kata Badan cergas otak sihat.
Aktiviti ini lebih menyeronokan
sekiranya dilakukan bersama-sama keluarga atau kawan-kawan. Secara tidak langsung kita boleh
mengeratkan hubungan silatulrahim.
Mungkin selama ini ibu bapa sibuk bekerja hingga tiada masa untuk bersama
keluarga. Ibu bapa boleh menggunakan
peluang ini untuk bermesra dengan
anak-anak dan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka. Hubungan yang erat
sesama ahli keluarga seperti isi dengan
kuku dapat melahirkan keluarga yang harmonis dan mengurangkan masalah
sosial dalam kalangan remaja.
Tuntasnya, amalan gaya hidup sihat
seperti bersukan, beriadah, dan sebagainya patut diamalkan oleh masyarakat pada
hari ini agar kita dapat meneruskan hidup dengan gembira dan dijauhi daripada
pelbagai penyakit.
KARANGAN BERPANDU 4
Langkah-langkah
menanamkan sikap berjimat cermat dalam
kalangan masyarakat malaysia
Amalan berjimat cermat
sememangnya merupakan sikap yang mulia
dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi
dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia.
Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri
dan keluarga.Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk
menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.
Antara langkah efektif yang
telah diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan
sikap mulia ini adalah dengan menanam sikap rajin menabung.Kerajaan telah
mengambil inisiatif bagi memupuk
semangat menabung dalam kalangan
pengguna .Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh
kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu sediakan payung sebelum hujan.
Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka
menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik
mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan
perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan
simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga
boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank
Simpanan Nasional , Bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
.Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang
selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa
depan yang lebih gemilang.
Masyarakat juga hendaklah
pihatin akan peranan skim-skim saham amanah.Kementerian Perdagangan dan Hal
Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran
melabur dalam kalangan pengguna.Oleh itu masyarakat hendaklah sedar akan
peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang
diagihkan pada setiap tahun.Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagian kepada
masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.
Sebelum membeli barangan ,
perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu.Barang-barang yang
mahu dibeli perlu disenaraikan .Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan
bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan
mengikut keperluan,bukan mengikut nafsu . Ketika berbelanja ,penggunaan kad
kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan
lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan .Justeru, masyarakat
wajar berpegang pada peribahasa berjimat
sebelum terlambat,beringat sebelum terkena.
Kesimpulannya, amalan berjimat
cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana
mempunyai sumber kewangan yang mecukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa
hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi,’berfikirlah untuk hari esok,namun
bertindaklah hari ini’.Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat
cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur
.
KARANGAN BERPANDU 5
Sebab larangan telefon bimbit kepada pelajar
sekolah
Teknologi canggih telah membantu manusia
untuk melaksanakan pelbagai urusan dan menjadikan nologi yan negara kita
semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat membantu
manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia Antara
alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling
biasa digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa
sahaja walau di mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh.
Langkah
kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah
memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan
mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon
yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Pelajar yang tidak mempunyai telefon
bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan
lain yang mempunyai telefon bimbit. Mereka berasa rendah diri dan tidak puas
hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbit orang lain. Kesannya,
pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan
proses pembelajaran terganggu.
Selain
itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar
kerana mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat
deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalami
gangguan. Semasa ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk
menghantar mesej berbentuk jawapan kepada rakan yang lain. Justeru, perkara ini
adalah amat tidak beretika dan tidak
adil terhadap pelajar lain.
Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar serta
mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak sepatutnya berlaku di
sesebuah sekolah. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit,
pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-gambar atau klip-klip video yang
tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan
rakan. Lantaran itu, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat
dan terlibat dengan masalah pornografi.
Tambahan pula, telefon bimbit dikatakan akan mengeluarkan sejenis
gelombang bunyi yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para
pelajar masih dalam proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan
oleh murid-murid yang berusia muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka.
Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak kerana mencegah itu
lebih daripada merawat.
Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam
kalangan pelajar di sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Bagi
mengelakkan perkara-perkara yang diutarakan itu berlaku, adalah lebih baik para
pelajar menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit
memerlukan kos penggunaan yang tinggi.